Wednesday 25 June 2014

Ramadhan yang dinanti...

Marhaban ya Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Buat srikandi-srikandi BSSGM khasnya, mohon maaf lama tidak update blog kerana kesibukan yang melanda diri. Kehidupan sebagai seorang pelajar dan guru menuntut saya terpaksa fokus dalam waktu dua bulan kebelakangan ini..



Walaupun begitu, saya perlu teruskan meng 'update' blog ini untuk tatapan kerohanian kalian yang saya sayangi sebagai saudara saya..



Bulan barakah bulan Ramadhan akan tiba tidak lama beberapa hari sahaja lagi dari sekarang. Soalan yang viral saya selalu dengar dan lihat di corong-corong radio, tv dan media sosial ialah, apakah persediaan kita menyambut Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan ini? 




Dalam artikel ini, saya hanya mengajak kalian dan diri saya sendiri untuk sama-sama kita memperbaiki amalan kita di bulan Ramadhan..saya bukan ulama tetapi berkewajipan untuk kita saling berkongsi peringatan dan ilmu agar kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah swt dalam setiap apa juga yang kita lakukan..Mengenangkan setiap hari ada sahaja isu-isu semasa yang kadangkala membuatkan kita berfikir tentang mengapa ianya berlaku? 


Bagi yang berfikir sedalam-dalamnya, tentang apa yang berlaku dan mengaitkannya kepada peringatan atau teguran Allah swt, inilah masanya kita memohon petunjuk dan keampunan daripada Pencipta kita..

Ambil peluang dalam bulan Ramadhan untuk kita tingkatkan amalan kerohanian kita. Sesibuk mana pun kita, jangan lepaskan peluang untuk beribadah di bulan Ramadhan kerana sesungguhnya setiap amalan yang kita lakukan, InsyaAllah akan mendapat pahala berlipat kali ganda pahala kebaikan disamping mendapat redha Allah swt..

Firman Allah:

فَمَن يَعۡمَلۡ مِنَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬ فَلَا ڪُفۡرَانَ لِسَعۡيِهِۦ وَإِنَّا لَهُ ۥ ڪَـٰتِبُونَ

"Maka siapa yang mengerjakan amal soleh, sedang dia beriman, maka usahanya itu tidak diabaikan dan sesungguhnya Kami menuliskan amalannya itu untuknya. (Al Anbia: 21:94)

Jangan lupa untuk doakan kesejahteraan saudara-saudara kita yang sedang menghadapi ujian tatkala kita di Malaysia berpeluang menjalankan ibadah puasa dalam keadaan yang tenang (syukur alhamdulillah) terutamanya umat Islam di Syria, Palestin..dan di mana sahaja negara yang bergolak..guru kita..keluarga kita..sahabat kita...


Akhir kalam untuk kali ini, "Selamat menjalani ibadah puasa serta ibadah-ibadah sunat yang lain.."

Wassalam..

Nong_Farina



No comments:

Post a Comment