Tuesday 23 July 2013

Perasmian Gelanggang Warisan Inderapura, SK Chedong Jaya, Maran, Pahang

Assalamualaikum wbh

Alhamdulillah, setelah berjalan selama 4 bulan, pada 28hb Jun 2013 Gelanggang Gayong Ma'arifat di Pekan Tajau telah dirasmikan oleh Paduka Ayahnda Datuk Bijasura, Datuk Ibrahim B Mohd selaku Setiausaha Sulit DPAI Gayong Ma'arifat Malaysia.Gelanggang ini telah diberi nama Gelanggang Warisan Inderapura.

Seramai hampir 100 orang terdiri daripada ahli gelanggang, ibu bapa dan guru-guru menghadirkan diri semasa majlis tersebut dijalankan.

Gelanggang Warisan Inderapura mempunyai kekuatan ahli seramai 45 orang. Bacaan Ikrar Ahli Gayong Ma'arifat telah dilaungkan bersama-sama dan diketua oleh Saudara Muhammad Haikal.
Persembahan silat juga telah diadakan iaitu dari anak-anak Warisan Inderapura dan juga dari Pusat Latihan Tertinggi PSSGMM.

 Datuk Bijasura bersama En Ibrahim Guru Besar SK Chedong Jaya


 Antara Srikandi Pahang


Lawatan Ke Sri Damansara

Assalamualaikum wbh...

9hb Jun 2013 yang lalu, Bonda telah mengambil kesempatan untuk bertemu srikandi sekitar Kuala Lumpur yang bergelanggang dan diiringi oleh srikandi dari gelanggang Bentong, Pahang.

Alhamdulillah pertemuan mesra ini menjadi medan untuk berlatih silat bersama-sama dan berkesempatan mengadakan perbincangan ringkas mengenai aktiviti srikandi yang akan diadakan pada masa akan datang.

Dari Kiri (Belakang) Kekanda Eleena, Kekanda Jaja, Kekanda Nisa, P.Bonda Dang Ratna, Norasida, Kekanda Kenanga (Hadapan) Norhidayah (KL), Hanim (Phg), Haslina(Klang), Farah (Klang), Fitrah(Phg), Nasuha(Kl), Myla(Kl)










Semoga pertemuan demi pertemuan dapat diadakan pada masa hadapan. Insyaallah.