Tuesday 25 February 2014

Pesanan Wanita..

PESANAN BUAT WANITA Buat Peringatan dan Renungan SEMUA


 30 PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah

21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Monday 17 February 2014



Umat Islam di pelbagai belahan dunia, pada hari ini dalam keadaan sentiasa berbalah. Sebahagian umat Islam menyimpan kebencian, permusuhan dan dendam kepada yang lain. Keadaan ini sangat merisaukan  setiap orang yang beriman, termasuk anda.

Namun apa  kuasa atau autoriti kita lakukan untuk menyatukan kembali umat Islam agar saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi?Banyak hal yang harus kita lakukan untuk dapat mewujudkan impian itu. Namun apapun cara untuk menyatukan umat apabila tidak segera diterapkan dan hanya diucapkan, maka sia-sia. Oleh itu, marilah kita bersama-sama, mengayuhkan kaki walau hanya selangkah mempersatukan umat Islam. Berikut satu cara mudah namun berkesan yang diajarkan Nabi s.a.w untuk menyatukan ummat Islam, iaitu MENYEBARKAN SALAM.

Setiap kali berjumpa dengan muslim sesiapa pun; yang anda kenal atau tidak, yang sefahaman atau tidak sefahaman, saudara atau bukan saudara, segeralah ucapkan salam. Awas! Kebiasaan mengucapkan salam hanya kepada yang anda kenal adalah tanda-tanda dekatnya hari kiamat. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ السَّلَامَ لِلْمَعْرِفَةِ
Diantara tanda-tanda dekatnya kiamat ialah ucapan salam hanya disampaikan kepada yang dikenal saja“. (HR At Thabrani, Al Baihaqy dll, dihasankan Al Albani dalam Silsilah Ash Shahihah, no. 648)
Sahabat! Jangan sesekali menunggu ucapan salam daripada sesiapa pun, namun jadilah orang pertama yang mengucapkan salam kepada sesiapa pun. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

لاَ تَدْخُلُوا الجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلا تُؤمِنوا حَتى تحَابُّوا، أَوَلا أدُلُّكُمْ عَلَى شَئٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحاَبَبْتُم؟ أفْشُوا السَّلام بَيْنَكُم
Kalian tidak dapat masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidaklah dapat menggapai kesempurnaan iman hingga kalian saling mencintai. Sudikah kalian aku tunjukkan kepada satu hal yang bila kalian lakukan nescaya kalian saling mencintai? SEBARKANLAH UCAPAN SALAM di tengah-tengah kalian“. (HR. Muslim)

Penulis : Dr. Muhammad Arifin Baderi
Artikel ditulis dalam bahasa Indonesia tetapi telah ditukar sedikit mengikut kesesuaian tanpa mengubah maksud sebenar penulis..harap maklum..


Tuesday 11 February 2014

Adab-adab Menuntut Ilmu


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salam perkenalan..salam ukhuwah daripada penulis yang telah diamanahkan untuk mengisi ruang artikel pada keluaran kali ini..Alhamdulillah sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana limpah kurnia dan inayah-Nya, penulis diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan harapan ianya memberi manfaat kepada setiap pembaca khasnya ahli
 BSSGM yang dikasihi Allah subhanahu wataala..

Walaupun penulis berada jauh dari pandangan mata, namun itu bukanlah alasan untuk menjadi penghalang dalam menyebarkan dakwah serta perkongsian ilmu yang sangat dituntut dalam kehidupan kita seharian.

Kali ini penulis ingin berkongsi tentang ‘Adab menuntut ilmu’. Seiring dengan tugas harian penulis sebagai seorang guru, tajuk ini amat sesuai untuk kita hayati bersama sebagai ‘pembuka’ bulan Februari tahun 2014 bersamaan Rabiul Akhir 1435 Hijrah.

Para ahli BSSGM yang dikasihi Allah swt, menuntut ilmu adalah sebuah tugas yang sangat mulia di sisi Allah swt. Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah maka Allah akan fahamkan dia dalam hal agamanya” HR, Bukhari. Oleh sebab itu, sudah semestinya kita berupaya sebaik-baiknya dalam menimba ilmu yang mulia ini. Justeru, setiap apa yang kita cita-citakan, tentunya mempunyai adab-adab yang harus diperhatikan agar ilmu yang diperolehi menghasilkan barakah, menyebarkan rahmah dan bukannya menyebarkan fitnah.
Antara adab menuntut ilmu:

1- Mengikhlaskan niat kerana Allah swt.
Iaitu setiap apa yang dilakukan adalah semata-mata kerana Allah taala megharapkan keredhaan Allah swt. Niat adalah perkara yang paling utama diperhatikan kerana sudah tentu, segala perbuatan bersandarkan kepada apa yang diniatkan. Apabila dalam menuntut ilmu seseorang mengharapkan untuk memperoleh kedudukan di dunia maka Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa yang menuntut ilmu yang seharusnya hanya ditujukan untuk mencari wajah Allah swt tetapi dia berniat untuk meraih kehidupan dunia maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat”. Hadis ini menunjukkan amaran yang keras. Tetapi apabila seseorang yang menuntut ilmu memiliki niat memperoleh pengiktirafan atau ijazah atau gelaran supaya dapat memberikan manfaat kepada orang-orang dengan mengajarkan ilmu, pengajian dan sebagainya maka niatnya ikhlas dan tidak bermasalah kerana niat yang benar.

2- Beramal dengan ilmu
Iaitu penuntut ilmu mengamalkan ilmu yang dimilikinya, sama ada dari segi akidah, akhlak, adab mahu pun muamalah kerana amal inilah buah ilmu dan hasil yang dipetik dari ilmu. Seorang yang mengemban ilmu adalah ibarat orang yang membawa senjatanya, dan senjatanya itu boleh digunakan untuk membela dirinya atau untuk membinasakannya. Ini seiring dengan maksud hadis Rasulullah s.a w, baginda bersabda, “Al-Quran adalah hujjah untukmu atau untuk menjatuhkanmu”.

3- Berdakwah di jalan Allah
Iaitu menjadi seorang yang menyeru kepada agama Allah swt, sentiasa mengisi masa untuk berdakwah, di masjid, di setiap pertemuan dan lain-lain tempat yang dirasakan mempunyai kesempatan untuk berdakwah. Contohilah sifat Rasulullah saw yang mana setelah baginda diangkat menjadi rasul, baginda tidak pernah duduk diam akan tetapi baginda sentiasa menyebarkan dakwah ke mana sahaja baginda melangkahkan kakinya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang sentiasa beramal dengan ilmu yang dipelajari dan bukannya setakat mempelajarinya tetapi tidak mengamalkannya.

Adab yang seterusnya akan di sambung pada keluaran akan datang in sha Allah..