Friday 1 February 2013

TANGANI STRESS - SENI TAFAKUR MELAYU

"SENI TAFAKUR MELAYU - STM" merupakan kaedah meditasi / tafakur yang  diperkenalkan oleh Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia dengan kerjasama PUTRA Medicare Alternative Centre. Ia merupakan satu projek khas berbentuk khidmat masyarakat bagi menangani simptom dan penyakit yang disebabkan 'STRESS'.

Apa Itu Meditasi / Tafakur?

Meditasi adalah satu kaedah pengosongan dan pemusatan fikiran, emosi dan jiwa bagi meraih ketenangan.

Tafakur pula ialah merenung dan memikirkan. Menurut Islam, tafakur adalah merenung mengenai penciptaan alam dan diri bagi meningkatkan rasa kehambaan serta kehebatan Allah swt sebagai Tuhan Semesta Alam.

Apa Itu Stress ?

Stress ialah tekanan yakni gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang. Ia merupakan reaksi tindakbalas apabila seseorang itu tidak mampu menerima sesuatu yang diluar kemampuan atau kebiasaannya.

Terdapat banyak kesan negatif terhadap kesihatan jasmani dan rohani. Ia bukan sahaja menjejaskan kualiti kerja, malahan akan menganggu kehidupan seharian serta perhubungan dengan keluarga serta rakan-rakan. 

Pelbagai penyakit moden pada hari ini adalah berpunca dari stress. Tekanan muncul dari pelbagai sudut kehidupan. Sehingga tanpa sedar ia meninkatkan risiko anda mendapat penyakit darah tinggi, penyakit jantung, tekanan/penyakit jiwa, kemurungan dan sebagainya.



JOM PERANGI STRESS !!!




SENI TAFAKUR MELAYU adalah satu kaedah yang diperkenalkan oleh Grandmaster PUTRA ( Pengamal Perubatan Tenaga Rohaniah & Alam Semesta), selaku Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia iaitu YTM TKS Datuk Paduka Dr. Azam B. Zulkifli. 

Pengamal kaedah Seni Tafakur Melayu telah diikuti oleh 35 ribu orang awam di seluruh Malaysia. Mereka terdiri daripada :-

  • pesakit-pesakit gangguan bersifat mistik, 
  • pesakit penyakit moden seperti leukimia, kanser, darah tinggi, penyakit jiwa dan sebagainya. 
  • ahli-ahli perniagaan yang inginkan keyakinan dan kekuatan rohaniah, 
  • golongan pelajar sekolah, IPTA/IPTS
  • pengamal-pengamal beladiri yang inginkan pengisian kerohanian yang tidak bertentangan dengan syara'. 
  • surirumah tangga & ibu tunggal yang memerlukan kekuatan dalaman bagi menguruskan anak-anak dan mempunyai masalah rumahtangga
  • golongan bekerjaya di sektor yang memerlukan komunikasi dengan pelbagai pihak
  • kaum hawa yang sering terdedah dengan ancaman dan marabahaya
Alhamdulillah, peningkatan kesihatan dan perkembangan positif telah dialami oleh peserta Seni Tafakur Melayu ini sejak ia mula diperkenalkan.

Terdapat pelbagai manfaat yang akan anda perolehi jika mengikuti kaedah 'Seni Tafakur Melayu'. Antaranya ialah :-

  • mengatasi gangguan bersifat mistik dan misteri
  • meningkatkan sistem perlindungan dan pemulihan semulajadi tubuh badan
  • membantu memulihkan penyakit-penyakit moden
  • menangani stress secara berkesan
  • meningkatkan penguasaan dan fokus terhadap pelajaran
  • meningkatkan fokus dan pengusaan terhadap kerja 
  • dapat meraih ilham bagi menyelesaikan masalah diri, keluarga dan sebagainya
  • meningkatkan semangat diri dalam menghadapi kehidupan
  • mendekatkan diri dengan Allah swt, Pencipta Alam Semesta
  • membersihkan aura dan gelombang tubuh daripada aura negatif yang menjadi faktor pada masalah berkaitan jodoh, percintaan dan perkahwinan, sukar mendapat kawan, dan gangguan pada perniagaan
  • meningkatkan deria rasa dan pancaindera keenam
  • memberikan ketenangan jiwa, membersihkan fikiran dari unsur-unsur negatif
Berminat untuk sertai kami? Hubungi saya :-

Bonda Dang Ratna 0147351335 untuk maklumat lanjut.