Wednesday 30 October 2013

SEMINAR PENCERAHAN ILMU, ADAB & PROTOKOL DAN MAJLIS SILATURRAHIM GAYONG MA'ARIFAT BERSAMA MASYARAKAT JENGKA


Assalamualaikum wbh 

Alhamdulillah pada 26 dan 27 hb Oktober 2013 yang lalu telah berlangsung satu program khas serta khusus untuk ahli Dewan Perguruan, Adat & Istiadat PSSGMM. Merupakan majlis julung kalinya diadakan di Pasar Komuniti & Karavan (PAKAR), Bandar Pusat Jengka dengan kerjasama FAMA Daerah Maran. 

Program ini bermatlamat menyelaras kepada ahli-ahli DPAI tentang kefahaman dan pencerahan ilmu, adab & protokol yang digunapakai di dalam Gayong Ma'arifat. 

Selain itu, pada pagi 27hb Oktober juga telah diadakan Majlis Pengijazahan Ilmu Seni Tafakur Melayu / Gerak Laksamana. Alhamdulillah sekitar 20 orang telah menerima dan mempelajari STM pada hari tersebut. Gayong Ma'arifat juga dapat bersama-sama YB Encik Wan Salman Bin Haji Wan Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jengka bagi sesi Majlis Penutupan.





Bacaan ayat suci Al-quran sebelum majlis


Aksi srikandi cilik gayong maarifat




Tari Sembah Demo Srikandi  ( Bonda tengah pregnant 6 bulan) 

Saturday 5 October 2013

Aktiviti Srikandi : Kursus Kejurulatihan & Penyelarasan Silibus PSSGMM 2013

Assalamualaikum wbh & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Maha Besar Allah swt yang telah menyempurnakan dan mengizinkan satu lagi program yang agak besar pada tahun 2013 iaitu Kursus Kejurulatihan & Penyelarasan Silibus PSSGMM 2013 pada 28 & 29hb September 2013 yang diadakan di Teratak Tuk Tuk, Janda Baik, pahang

Tahniah diucapkan pada 72 orang peserta dari seluruh Malaysia dan SYABAS buat peserta-peserta srikandi seramai 9 orang yang sudi meluangkan masa bersama-sama sahabat-sahabat GM.


Bergambar sebelum Majlis Penutup

Sesi Bergambar sebelum bersurai

Penyertaan Srikandi :-
1- Paduka Wan Nordiana (Pusat)
2- Paduka Wan Nornabila (Pusat)
3- Pendekar Fatin Liyana (Gombak)
4- Pendekar Setia Nurul Fariza (Kota Damansara)
5- Pendekar Setia Hanim Fatiha (Bentong, Pahang)
6- Eleena Yam Bt Halik (Klang, Selangor)
7- Siti Aznoor (Ipoh, Perak)
8- Atika Nazirah (Ipoh, Perak)
9- Nur Syahirah (Ipoh, Perak)

Sepanjang kursus selama 2 hari ini, semua peserta menjalani latihan dan ulangkaji serta pengkemasan silibus Cindai Kuning Pelangi Biru 1. 


Sesi Kemasan Silibus

Berkumpul Mendengar Rumusan Kursus

Sesi Kemasan Silibus

Kelas Seni Tafakur Melayu
Terima Kasih pada semua peserta dan semua urusetia yang menjayakan kursus tahun ini. Allahuakbar!