Wednesday 30 October 2013

SEMINAR PENCERAHAN ILMU, ADAB & PROTOKOL DAN MAJLIS SILATURRAHIM GAYONG MA'ARIFAT BERSAMA MASYARAKAT JENGKA


Assalamualaikum wbh 

Alhamdulillah pada 26 dan 27 hb Oktober 2013 yang lalu telah berlangsung satu program khas serta khusus untuk ahli Dewan Perguruan, Adat & Istiadat PSSGMM. Merupakan majlis julung kalinya diadakan di Pasar Komuniti & Karavan (PAKAR), Bandar Pusat Jengka dengan kerjasama FAMA Daerah Maran. 

Program ini bermatlamat menyelaras kepada ahli-ahli DPAI tentang kefahaman dan pencerahan ilmu, adab & protokol yang digunapakai di dalam Gayong Ma'arifat. 

Selain itu, pada pagi 27hb Oktober juga telah diadakan Majlis Pengijazahan Ilmu Seni Tafakur Melayu / Gerak Laksamana. Alhamdulillah sekitar 20 orang telah menerima dan mempelajari STM pada hari tersebut. Gayong Ma'arifat juga dapat bersama-sama YB Encik Wan Salman Bin Haji Wan Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jengka bagi sesi Majlis Penutupan.





Bacaan ayat suci Al-quran sebelum majlis


Aksi srikandi cilik gayong maarifat




Tari Sembah Demo Srikandi  ( Bonda tengah pregnant 6 bulan) 

No comments:

Post a Comment