Wednesday 24 April 2013

Pengambilan Ahli Srikandi Seluruh Malaysia!

Assalamualaikum wbh...

Alhamdulillah, semoga dengan usaha iklan begini moga dapat menarik lebih ramai golongan wanita, kaum hawa, kakak-kakak, adik-adik remaja perempuan untuk mempelajari ilmu persilatan khususnya dari Gayong Ma'arifat.

Jom sertai kami. Ilmu beladiri adalah ilmu untuk mempersiapkan diri menghadapi marabahaya dan waktu-waktu yang tidak diduga. Jangan biarkan diri anda diganasi sewenang-wenangnya.







Promo 3 - Srikandi BSS Janda Baik

Assalamualaikum wbh & Salam Bahagia...

Jom berkenalan dengan srikandi yang berbakat dari Janda Baik, Bentong, Pahang.


Alhamdulillah, adinda-adinda ini bersekolah di SMK Bukit Tinggi asalnya, namun ada yang mendapat tawaran belajar di sekolah berasrama. Maka mereka cuma dapat berlatih 2 minggu sekali di Gelanggang Janda Baik. 

Semuanya tersenyum ceria, tapi masing-masing berbakat. Semoga semangat srikandi mekar dalam diri mereka sehinggalah ke hujung nyawa. Amin ya robb!

Hah..anda bila lagi? Belajar silat bukan bermakna anda harus mengorbankan fitrah semulajadi anda sebagai seorang wanita. Bergelar srikandi dan memelajari ilmu persilatan bermakna anda menuntut ilmu yang bermanfaat buat diri. InsyaAllah...

Sampai jumpa lagi... 
Assalamualaikum wbh...


Saturday 13 April 2013

Latihan Berpusat Srikandi Mac 2013

Assalamualaikum wbh & Salam Sejahtera

Alhamdulillah pada cuti sekolah yang lalu iaitu pada 28hb, 29hb, 30hb & 31hb Mac 2013 telah berlangsungnya Latihan Berpusat di Pusat Latihan Tertinggi PSSGMM, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Latihan kali ini lebih kepada mengulangkaji dan memperkemas silibus silat Tahap 1 & Tahap 2 bagi CKPB1. Menerima penyertaan ramai dari srikandi sekitar Pahang & Wilayah Tengah (KL / Selangor).

Ini adalah sebahagian daripada srikandi BSS Pahang

Paduka Nabila sedang membantu Haslina dari Klang

Kekanda Nadia beri tunjuk ajar pada Kekanda Eleena

Srikandi Bentong memperkemas taji

Latihan Kecergasan Bagi Memastikan Tiada Kecederaan

Kem Hulubalang Muda & Kem Berpusat Srikandi terbuka untuk semua ahli PSSGMM dan juga belia umum. Kem ini akan diadakan dari masa ke semasa pada musim cuti sekolah. Sekiranya anda berminat untuk menyertai, bolehlah menghubungi Paduka Bonda Dang Ratna 0147351335 untuk sebarang pertanyaan.

Promo 2 - Srikandi BSS Kuala Lumpur & Selangor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kali ini Bonda ingin kongsi gambr dari srikandi Wilayah Tengah (K.l & Selangor). Mereka dari Gelanggang Sri Damansara

Ada Berani? Jom masuk gelanggang!

Haa...masuk...masuk..kami sambut!

Berminat untuk sertai? Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi :-

Bonda Rima 017-8248084 ( Kuala Lumpur )




Promo 1 - Srikandi BSS Johor

Assalamualaikum wbh & Salam Sejahtera

Kali ini, Bonda perkenalkan beberapa ahli BSS dari Negeri Johor Darul Takzim, khusunya di Gelanggang Taman Sinaran Kempas


Kepada mana-mana yang berminat untuk menyertai boleh berhubung dengan :-

Kekanda Tun Syuhaida 012-7503522

Beladiri Wanita : Tanggungjawab Diri

Assalamualaikum w.b.h & Salam Kasih

Bertemu lagi dengan bicara bonda, kali ini topik yang bonda ingin ketengahkan ialah mengenai BELADIRI WANITA : TANGGUNGJAWAB DIRI!


Benar atau tidak, setiap hari pasti kita dijamu dengan berita begini. Rompak, ragut, rogol, buli dan bnyak lagi jenayah sosial yang melbatkan wanita. Namun boleh dikatakan tak semua wanita merasakan perlunya diri mereka dilengkapi ilmu beladiri. Tanggapan bahawa wanita golongan lemah lembut, perlukan perlindungan lelaki dan pemikiran skeptik bahawa wanita duduk dibawah jagaan lelaki perlu diubah.

Hakikatnya, dunia hari ini wanita sudah keluar dari kepompong rumahtangga. Wanita zaman ini adalah wanita yang bekerjaya, sering berada di luar lingkungan rumah, malah aktif menyertai kegiatan dan aktiviti. Oleh itu, ilmu beladiri merupakan salah satu ilmu yang perlu ada sebagai persiapan menghadapi marabahaya.


Beladiri itu mudah, pantas dan berkesan. Beladiri ini pulak bukan bermakna anda kena jadi gagah perkasa atau menjalani latihan yang berat macam atlit. tetapi cukuplah buat diri kita untuk mengetahui asas menyakitkan pihak penyerang supaya kita dapat peluang menyelamatkan diri dan meminta pertolongan.

Guna apa yang ada pada diri. Guna apa yang boleh pada persekitaran anda. Pen, payung, beg dan sebagainya boleh dijadikan senjata dalam keadaan terdesak. Begitu juga dengan benda yang berada di sekeliling kita seperti pasir, batu, tong sampah dan pelbagai lagi yang boleh digunapakai. Yang penting, jangan panik!

Sertailah kursus dan kelas beladiri. Mengikuti kelas dan latihan dari masa ke semasa akan memberika persiapan dan kekuatan mental bagi menghadapi sebarang kecemasan. Biasanya dalam latihan, jurulatih akan memberikan situasi dan kaedah untuk dipraktikkan oleh pelatih. Latihan seperti inilah akan memberi ingatan dan daya refleks jika berlaku sebarang kejadian mencemaskan.

JOM SERTAI KAMI