Saturday 13 April 2013

Beladiri Wanita : Tanggungjawab Diri

Assalamualaikum w.b.h & Salam Kasih

Bertemu lagi dengan bicara bonda, kali ini topik yang bonda ingin ketengahkan ialah mengenai BELADIRI WANITA : TANGGUNGJAWAB DIRI!


Benar atau tidak, setiap hari pasti kita dijamu dengan berita begini. Rompak, ragut, rogol, buli dan bnyak lagi jenayah sosial yang melbatkan wanita. Namun boleh dikatakan tak semua wanita merasakan perlunya diri mereka dilengkapi ilmu beladiri. Tanggapan bahawa wanita golongan lemah lembut, perlukan perlindungan lelaki dan pemikiran skeptik bahawa wanita duduk dibawah jagaan lelaki perlu diubah.

Hakikatnya, dunia hari ini wanita sudah keluar dari kepompong rumahtangga. Wanita zaman ini adalah wanita yang bekerjaya, sering berada di luar lingkungan rumah, malah aktif menyertai kegiatan dan aktiviti. Oleh itu, ilmu beladiri merupakan salah satu ilmu yang perlu ada sebagai persiapan menghadapi marabahaya.


Beladiri itu mudah, pantas dan berkesan. Beladiri ini pulak bukan bermakna anda kena jadi gagah perkasa atau menjalani latihan yang berat macam atlit. tetapi cukuplah buat diri kita untuk mengetahui asas menyakitkan pihak penyerang supaya kita dapat peluang menyelamatkan diri dan meminta pertolongan.

Guna apa yang ada pada diri. Guna apa yang boleh pada persekitaran anda. Pen, payung, beg dan sebagainya boleh dijadikan senjata dalam keadaan terdesak. Begitu juga dengan benda yang berada di sekeliling kita seperti pasir, batu, tong sampah dan pelbagai lagi yang boleh digunapakai. Yang penting, jangan panik!

Sertailah kursus dan kelas beladiri. Mengikuti kelas dan latihan dari masa ke semasa akan memberika persiapan dan kekuatan mental bagi menghadapi sebarang kecemasan. Biasanya dalam latihan, jurulatih akan memberikan situasi dan kaedah untuk dipraktikkan oleh pelatih. Latihan seperti inilah akan memberi ingatan dan daya refleks jika berlaku sebarang kejadian mencemaskan.

JOM SERTAI KAMI



No comments:

Post a Comment