Wednesday, 30 October 2013

SEMINAR PENCERAHAN ILMU, ADAB & PROTOKOL DAN MAJLIS SILATURRAHIM GAYONG MA'ARIFAT BERSAMA MASYARAKAT JENGKA


Assalamualaikum wbh 

Alhamdulillah pada 26 dan 27 hb Oktober 2013 yang lalu telah berlangsung satu program khas serta khusus untuk ahli Dewan Perguruan, Adat & Istiadat PSSGMM. Merupakan majlis julung kalinya diadakan di Pasar Komuniti & Karavan (PAKAR), Bandar Pusat Jengka dengan kerjasama FAMA Daerah Maran. 

Program ini bermatlamat menyelaras kepada ahli-ahli DPAI tentang kefahaman dan pencerahan ilmu, adab & protokol yang digunapakai di dalam Gayong Ma'arifat. 

Selain itu, pada pagi 27hb Oktober juga telah diadakan Majlis Pengijazahan Ilmu Seni Tafakur Melayu / Gerak Laksamana. Alhamdulillah sekitar 20 orang telah menerima dan mempelajari STM pada hari tersebut. Gayong Ma'arifat juga dapat bersama-sama YB Encik Wan Salman Bin Haji Wan Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jengka bagi sesi Majlis Penutupan.





Bacaan ayat suci Al-quran sebelum majlis


Aksi srikandi cilik gayong maarifat




Tari Sembah Demo Srikandi  ( Bonda tengah pregnant 6 bulan) 

Saturday, 5 October 2013

Aktiviti Srikandi : Kursus Kejurulatihan & Penyelarasan Silibus PSSGMM 2013

Assalamualaikum wbh & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Maha Besar Allah swt yang telah menyempurnakan dan mengizinkan satu lagi program yang agak besar pada tahun 2013 iaitu Kursus Kejurulatihan & Penyelarasan Silibus PSSGMM 2013 pada 28 & 29hb September 2013 yang diadakan di Teratak Tuk Tuk, Janda Baik, pahang

Tahniah diucapkan pada 72 orang peserta dari seluruh Malaysia dan SYABAS buat peserta-peserta srikandi seramai 9 orang yang sudi meluangkan masa bersama-sama sahabat-sahabat GM.


Bergambar sebelum Majlis Penutup

Sesi Bergambar sebelum bersurai

Penyertaan Srikandi :-
1- Paduka Wan Nordiana (Pusat)
2- Paduka Wan Nornabila (Pusat)
3- Pendekar Fatin Liyana (Gombak)
4- Pendekar Setia Nurul Fariza (Kota Damansara)
5- Pendekar Setia Hanim Fatiha (Bentong, Pahang)
6- Eleena Yam Bt Halik (Klang, Selangor)
7- Siti Aznoor (Ipoh, Perak)
8- Atika Nazirah (Ipoh, Perak)
9- Nur Syahirah (Ipoh, Perak)

Sepanjang kursus selama 2 hari ini, semua peserta menjalani latihan dan ulangkaji serta pengkemasan silibus Cindai Kuning Pelangi Biru 1. 


Sesi Kemasan Silibus

Berkumpul Mendengar Rumusan Kursus

Sesi Kemasan Silibus

Kelas Seni Tafakur Melayu
Terima Kasih pada semua peserta dan semua urusetia yang menjayakan kursus tahun ini. Allahuakbar!

Thursday, 12 September 2013

Siri Srikandi 1 - 10 Srikandi Islam Yang Patut Dicontohi

Assalamualaikum wbh & Salam Sejahtera

Apa khabar srikandi-srikandi Gayong Ma'arifat? Hari ini remaja perempuan Islam lebih terdedah dan didedahkan dengan tokoh wanita dari kalangan artis atau dunia barat. Kali ini, Bonda berasa bertanggungjawab untuk memperkenalkan dan memberi satu suntikan semangat buat srikandi semua supaya mengIDOLAkan srikandi-srikandi pilihan Islam yang lebih hebat serta lebih besar ujian dan dugaan yang mereka tempuh. Semoga mendapat inspirasi. InsyaAllah pada posting Siri Srikandi yang akan datang Bonda akan masukkan sejarah hidup srikandi ini dengan lebih jelas lagi supaya menjadi pedoman dan pengajaran. 
Berikut merupakan 10 serikandi agama tauhid yang wajar dijadikan contoh, khususnya oleh muslimah sekalian. Semoga keperibadian diri mereka menjadi pembakar semangat untuk kita memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa, insya Allah.


1. Aminah binti Wahab Radhiyallahu 'Anha
Seorang wanita suci yang dipilih untuk melahirkan penghulu sekalian manusia, yakni Nabi Muhammad SAW, nabi junjungan mulia. Beliau bukan sekadar ibu dan wanita biasa, tetapi seorang wanita pengukir sejarah yang menggoncang dunia, tatkala anak yang dilahirkannya mengubah pola pemikiran masyarakat Arab jahiliyah kepada masyarakat yang mengagung dan meng-Esakan Allah SWT. Kehilangannya buat selama-lamanya di dunia ini ternyata memberikan suatu kesan yang mendalam terhadap diri Muhamamad b. Abdullah yang masih kecil dan tidak mengenal erti kehidupan.

2. Saidatina Khadijah binti Khuwailid 
Radhiyallahu 'Anha

Namanya dikenali oleh setiap muslim di muka bumi. Beliaulah merupakan wanita pertama yang beriman terhadap Allah dan Rasul-Nya. Beliau merupakan isteri pertama Rasulullah SAW yang berjuang bermati-matian untuk menegakkan kalimah Allah. Keharuman keperibadian mulianya harum dicium apabila sejarah mentintakan, beliau sanggup menghabiskan segala hartanya untuk Islam. Beliau juga menjadi penenang dan pendamping setia kepada Rasulullah SAW sewaktu Baginda SAW dalam keadaan tertekan akibat dicemuh dan dihina oleh kaum musyrikin Mekah. Beliau bukan sahaja seorang wanita yang cantik, beliau juga mengukir kejayaan dalam bidang perniagaan di Tanah Arab.

3. Saidatina 'Aisyah binti Abu Bakar Radhiyallahu 'Anha
Beliau merupakan isteri Baginda SAW yang paling romantik. Perasaan cemburu terhadap Saidatina Khadija radhiyallahu 'anha kadang-kala menyelebungi dirinya kerana kasih dan cinta terhadap Baginda SAW. Selepas kewafatan Saidatina Khadijah Radhiyallahu 'Anha, beliaulah yang menjadi penghibur kepada Rasulullah SAW dengan gaya lincahnya. Beliau sering berpenampilan kemas, cantik, dan memakai wangi-wangian yang disukai oleh Rasulullah SAW. Saidatina 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha kembali ke rahmatullah pada hari Isnin malam Selasa, 17 Ramadhan tahun 58 Hijrah. Sebelum wafat, beliau sempat meninggalkan wasiat. Penuh sayu beliau membisikkan,

“Kuburkanlah aku pada waktu malam di Padang Baqi’, jangan di samping Rasulullah kerana aku sangat malu terhadap baginda.”

4. Saidatina Fatimah binti Muhammad 
Radhiyallahu 'Anha

Puteri Rasulullah SAW yang tinggi budi pekertinya. Beliau merupakan seorang isteri yang setia kepada Saidina Ali karramallahu wajhah walaupun suaminya adalah seorang lelaki yang miskin. Sanggup bersusah payah mengharungi hidup bersama suaminya. Kesanggupan untuk bersusah-payah untuk hidup bersama Saidina Ali r.a. jelas terpancar, apabila beliau sanggup melakukan kerja-kerja berat, tanpa pembantu, kerana Saidina Ali tidak mampu untuk mengupah pembantu untuk membantu Saidatina Fatimah. Beliau tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Saidina Ali r.a..

5. Saidatina Asma' binti Abu Bakar Radhiyallahu 'Anha.
Bersusah payah menghantar makanan kepada Rasulullah SAW sewaktu Rasulullah SAW dan ayahandanya bersembunyi di gua Tsur. Pengorbanan ini bukanlah suatu pengorbanan yang calang-calang, kerana beliau sedang mengandung pada ketika itu dan sanggup bersusah payah mendaki bukit yang berbatu untuk menghantar makanan kepada Rasulullah SAW dan ayahandanya. Kebijaksanaanya terselah, apabila beliau menggembala kambing di belakangnya sepanjang perjalanannya menghantar makanan, supaya jejaknya dapat dihapuskan. Selain daripada menghantar makanan, beliau juga menjadi penyampai berita kepada Baginda SAW sewaktu Baginda SAW sedang bersembunyi di gua Tsur.

6. Saidatina Sumayyah binti Khubath 
Radhiyallahu 'Anha

Namanya terkenal dengan ketegasannya mempertahankan aqidahnya walaupun diseksa dengan amat kejam. Beliau pernah diseret bersama-sama keluarganya ke padang pasir yang amat panas sehingga menyebabkan kehausan, supaya beliau murtad daripada agama Allah. Namun, seksaan-seksaan yang diharungi tidak sedikitpun menggoyahkan imannya, bahkan menguatkan lagi keimanannya. Beliau gugur syahid setelah Abu Jahal Laknatullah menikamnya menggunakan tombak tepat di ulu hatinya.

7. Siti Muti'ah Radhiyallahu 'Anha
Namanya jarang dikenali oleh sebahagian daripada kita. Tetapi, Rasulullah SAW menyarankan Saidatina Fatimah Radhiyallahu 'Anha untuk bertemu dengannya disebabkan kemuliaannya yang memuliakan suaminya. Beliaulah pelayan kepada suaminya. Mulianya serikandi Islam ini sehingga beliau menyediakan rotan kepada suaminya, agar suaminya memukulnya sekiranya beliau memberikan layanan buruk kepada suaminya.

8. Saidatina Maryam
Wanita suci yang sentiasa memelihara kehormatan diri daripada disentuh mana-mana lelaki. Rahimnya dipilih oleh Allah untuk mengandungkan Nabi Isa a.s. walaupun tiada benih yang disemai di dalam rahimnya.

9. Permaisuri Asiyah
Seorang serikandi agama Tauhid yang bermati-matian mempertahankan anak angkatnya, Nabi Musa a.s. daripada ancaman suaminya, Firaun Laknatullah. Beliau langsung tidak gentar terhadap ancaman Firaun dan konco-konconya. Akhir hayatnya, beliau diseksa oleh Firaun dengan satu seksaan yang kejam. Firaun mengarahkan orang suruhannya untuk memancangkan kedua-dua kaki dan tangannya dengan empat pancangan kemudian dibiarkan sinar mentari membakar tubuhnya. Firaun menyuruh mereka mencari batu besar untuk dihempap di atas badan Permaisuri Asiyah.

Kemudian, Asiyah berdoa, "Ya Tuhanku, bangunkanlah daku untukku rumah di syurga di sisi-Mu". Sebelum batu itu dihempap di atas badannya, malaikat telahpun mencabut nyawanya, dan beliau tidak merasai kesakitan seksaan Firaun.

10. Kabsyah binti Rafi' Radhiyallahu 'Anhu
Sahabiyyah ini adalah antara wanita mukminah yang menyajikan jalan-jalan tauladan dan termasuk salah seorang wanita yang memberikan kesaksian kebenaran bagi Rasulullah. Baginda Rasul turut menjanjikan imbalan kebaikan dan mendoakan barakah baginya. Ketika iklim iman menggantikan kegelapan jahiliyyah dan mentari hidayah mulai terpancar di tanah Madinah, sahabiyyah ini hidup dan tampil sebagai penolong bagi Islam, mencurahkan sekalian yang dimiliki dan menjadi ibu kepada dua orang anaknya yang gugur sebagai syuhada’; dua pahlawan Islam yang segar di dalam medan sejarah.

Beliaulah ibu yang Arasy Ar-Rahman pun bergoncang kerana kematian anak-anaknya. Beliaulah ibu yang memutuskan perkara dengan hukum Allah dari atas langit ketujuh. Anak beliau ialah penjaga Rasulullah ketika Perang Badar, yang juga pemegang panji dari golongan Ansar, serta salah seorang ahli majlis syura Rasulullah ketika itu. Anak beliau adalah As-siddiq kedua setelah Abu Bakar. Anak beliau jugalah wakil Rasulullah di saat Perang Buwath. Dari rumah pasangan Kabsyah bintu Rafi’ dan Muadz bin An-Nu’man inilah, lahirnya sosok-sosok peribadi Saad bin Muadz, Amru bin Muadz, Iyas, Aqrab dan Ummu Hizam. Maka, setelah mendengarkan nama-nama ini, masihkah kita menginginkan tambahan karamah untuk memuliakan beliau?

Pesanan Guru Utama Gayong Ma'arifat

SALAM SYAHADAH DAN SALAM SAYANG BUAT SEMUA ORG BESAR , PANGLIMA, PENDEKAR, AHLI, MURID GAYONG MAARIFAT YG DIKASEHI....
TUANKU INGIN BERKONGSI AMANAT DARI GURU TUA BUAT SEMUA PERAJURIT GAYONG MAARIFAT....

BAGAIMANA MAHU MEMBENTUK RASA SAYANG DAN CINTA PD ALLAH, AGAMA, PERJUANGAN, JEMAAH , BANGSA DAN TANAH AIR.???
Caranya kita perlu memperbanyakkan membuat pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, perasaan dan segalanya utk pekara diatas, 
secara maknawi atau ghaib perasaan sayang dan cinta akan mula membenih didalam hati nurani kita terhadap apa yg kita korbankan...

Lagi banyak kita berkorban maka kita akan jadi sayang teramat pd pekara yg kita korban itu...

Contoh ini dipraktikkan oleh jemaah kerohanian seperti tabligh, kumpulan tariqat kerohanian dll yg diasuh dan dididik oleh guru2 kerohanian
Melalui jalan salik, sufi, khalwat dll bagi mendapatkan maqam tertinggi utk cinta ALLAH dan rasulnya....

Maka Tuanku berseru kpd perajurit gayong maarifat marilah kita bersatu hati dan jgn berpecah belah kerana fitnah dan lidah tak bertulang
Sesetengah murid gayong maarifat yg mencari nama diatas maruah saudara seperguruan sendiri...ingatlah suatu hari Allah akan membuka aib kita jika kita selalu membuka aib saudara sendiri.....

Lupakanlah segala sengketa dan hasad hati, kembali bermaafan dan bersatu dgn hati yg luhur kerana Allah yg kita cintai.....marilah kita menyusun barisan membawa risalah syahadah dgn akhlak dan tutur kata yg baik..semuga menjadi contoh terbilang buat mereka yg dahaga kepada bimbingan kerohanian....jadikan akhlak Rasulullah dan sahabat2nya sebagai contoh dlm perjuangan yang luhur ini...

INGATLAH WAHAI PERAJURIT GAYONG MAARIFAT,.....KITA ADALAH PEWARIS ILMU LADUNI NABI KHIDIR DAN PEWARIS MUTLAK ILMU PERSILATAN
DATUK LAKSAMANA HANG TUAH......JGN KITA AIBKAN MARUAH KEDUA ORG YG KITA KASEHI INI....

Tuesday, 3 September 2013

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam :)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh :)
harapan semua dlam keadaan sehat hendaknya .Inshaa Allah :)
heee. jom ikuti kisah nim ^_^


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
♡ Allah





“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
♡ Allah  


Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM
♡ Allah


Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

♡ Allah


 
o
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

                                                 Allah sebaik perancang :') Allah ♡ Allah,

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.                                                            Allah :") sweetnya . heee =p :)

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..



SAY NOOOOOOOOOOO TO COUPLE YESSSSSSSSSSSSSSSS TO NIKAH <3  ^_^.wallaualam. wasalamualaik. <3 ♡ Allah

Monday, 19 August 2013

-=|◦ ‘‘⑥ (enam) Adab Keluar Rumah Bagi Muslimah’’ ◦|=-


Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudariku muslimah, walaupun syariat menetapkan engkau harus tinggal di rumah, namun bila ada kebutuhan, dibolehkan bagi wanita untuk keluar rumah dengan memperhatikan adab² berikut ini;

业 PERTAMA.
⊙ MEMAKAI HIJAB SYAR’I YANG MENUTUP AURAT.

Allah Ta’ala berfirman;

يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِيْنَ يُدْنِيْنَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلاَبِيْبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ

“Wahai Nabi, katakanlah kepada istri²mu dan putri²mu serta wanita²nya kaum mukminin; Hendaklah mereka mengulurkan jilbab² mereka di atas tubuh mereka. Yang demikian itu lebih pantas bagi mereka untuk dikenali (sebagai wanita merdeka dan wanita baik²) sehingga mereka tidak diganggu...!!!” (Al Ahzab: 59)



业 KEDUA.
⊙ JANGAN MEMAKAI WANGI-²AN.

Dilarang memakai wewangian ketika keluar rumah. Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَصَابَتْ بَخُورًا فَلاَ تَشْهَدْ مَعَنَا الْعِشَاءَ الآخِرَةَ

“Wanita mana saja yang memakai wewangian, maka janganlah dia menghadiri shalat Isya’ bersama kami...!!!” (HR. Muslim 444).

Dari Abu Musa Al Asy’ary bahwanya ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ

“Seorang perempuan yang mengenakan wewangian lalu melewati sekumpulan laki² agar mereka mencium bau harum yang dia pakai maka perempuan tersebut adalah seorang wanita pezina...!!!” (HR. An Nasa’i, Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad. Dishahihkan Syaikh Al Albani dalam Shahihul Jami’ 323)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda;

كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ. وَالْمَرْأَةُ إِذَا اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِالْمَجْلِسِ فَهِيَ كَذَا وَكَذَا

“Setiap mata itu berzina. Bila seorang wanita memakai wewangian kemudian ia melewati kumpulan laki² dan laki² (yang bukan mahramnya) maka wanita itu begini dan begitu...!!!” (HR. Tirmidzi 2937. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 2237)

Dihadist lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda;

أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِقَوْمٍ لِيَجِدُوْا رِيْحَهَا فَهيِ َ زَانِيَةٌ

“Wanita mana saja yang memakai wangi²an, kemudian ia melewati satu kaum agar mereka mencium wanginya, maka wanita itu pezina...!!!” (HR Ahmad 4/414, dihasankan oleh Syaikh Muqbil dalam Al-Jami’us Shahih 4/311)


业 KETIGA.
⊙ BERJALAN DENGAN SOPAN.

Ketika berjalan, tidak dengan menggesek²kan sandal atau sepatu dengan sengaja dan jangan pula menghentak²kan kaki agar terdengar suara gelang kaki, karena Allah Ta’ala berfirman;

وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِيْنَ مِنْ زِيْنَتِهِنَّ

“Dan janganlah mereka (para wanita) memukulkan kaki² mereka ketika berjalan agar diketahui apa yang disembunyikan dari perhiasan mereka...!!!” (An Nur: 31)

Jangan pula engkau berlenggak lenggok ketika berjalan sehingga mengundang pandangan lelaki karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengabarkan;

الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإذَا خَرَجَتْ اِسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

“Wanita itu aurat maka bila ia keluar rumah syaitan menyambutnya...!!!” (HR. Tirmidzi 1183, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil 273)

业 KEEMPAT.
⊙ HENDAKLAH KELUAR RUMAH DENGAN SEIZIN SUAMI.

Apabila telah menikah, wanita harus minta izin kepada suami ketika keluar rumah, termasuk ketika pergi ke masjid. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

إِذَا اسْتَأْذَنَتِ امْرَأَةُ أَحَدِكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلاَ يَمْنَعْهَا

“Apabila istri salah seorang dari kalian minta izin ke masjid maka janganlah ia melarangnya...!!!” (HR. Bukhari 873 dan Muslim 442)

业 KELIMA.
⊙ JIKA BEPERGIAN JAUH HARUS BERSAMA MAHRAM.

Bila jarak perjalanan yang ditempuh adalah jarak safar maka wanita harus didampingi mahram karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

وَلاَ تُسَافِرِ الْمَرْأَةُ إِلاَّ مَعَ ذِيْ مَحْرَمٍ

“Tidak boleh seorang wanita safar kecuali bersama mahramnya...!!!” (HR. Muslim 1341)

业 KEENAM.
⊙ MENJAGA PANDANGAN DAN MERENDAHKAN SUARA.

Hendaklah pandangan mata, jangan mengarahkan pandangan ke kiri dan ke kanan kecuali bila ada kebutuhan, karena Allah Ta’ala berfirman;

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ

“Dan katakanlah kepada wanita² mukminat; Hendaklah mereka menundukkan pandangan² mereka...!!!” (An Nur: 31)

Apabila berjalan bersama sesama wanita sementara di sana ada lelaki, hendaklah jangan berbicara yang mengundang fitnah. Demikianlah yang Allah Ta’ala perintahkan dalam firman-Nya;

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوْفًا

“Maka janganlah kalian melembut²kan suara ketika berbicara sehingga berkeinginan jeleklah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik...!!!” (Al Ahzab: 32)

***
Sahabat saudariku muslimah, demikianlah ⑥ (enam) adab islami yang sepatutnya diperhatikan saat keluar dari rumah.

Sungguh kemuliaan akan diraih bila senantiasa berpegang dengan adab yang diajarkan agama islam. Sebaliknya kehinaan akan terjadi ketika ajaran agama telah jauh ditinggalkan.

◦♥◦ ‘‘ѕαĻαм мαηιѕ вυαт γαηφ вαςα’’ ◦♥◦
◦◦◦◦◦

Wednesday, 14 August 2013

Majlis Silaturrahim & Iftar Bersama Guru Utama

Assalamualaikum wbh & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, sebulan Ramadhan telah berlalu semoga kita semua memperolehi keberkatan dan rahmat sepanjang bulan Ramdhan.

Alhamdulillah, bersyukur juga kami kerana berjaya mengunjungi anak-anak Gayong Ma'arifat di beberapa tempat. Bersama Guru Utama yang kami kasihi, kami dapat berbuka puasa malah mendapat ilmu serta pencerahan tentang perjalanan Gayong Ma'arifat.

Antara tempat yang kami kunjungi ialah 
27hb Julai - Salak Tinggi, Sepang
28hb Julai - Labu, N.Sembilan
31hb Julai - Ipoh, perak
2hb Ogos - Ayer Keroh, Melaka

Bersama jemaah GM Perak


Guru Utama juga berkesempatan memberikan penerangan tentang produk kesihatan yang akan dikeluarkan oleh GMSUEONLINE iaitu produk pelangsingan yang dinamakan BIO-LANGSING. Menariknya produk ini akan dijual secara online. Ahli-ahli Gayong Ma'arifat diberi peluang untuk mendapat pendapatan tambahan dengan menjadi agen kepada GMSUEONLINE.


Produk Pelangsingan. RM150.00 (S/M) RM160.00 (Sbh/Swk)
Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia
SMS 0147351335 PN Dang Ratna